fbpx

Fazura Dedah Pernah Bercinta Dengan Shaheizy Sam

Kalau anda masih ingat sekitar pertengahan 2013 yang lalu, banyak khabar angin mengatakan yang Nur Fazura dan Shaheizy Sam ketika itu menjalin hubungan cinta namun ianya dinafikan oleh kedua dua belah pihak walaupun banyak sumber melaporkan sebaliknya.

Membawa ke penghujung 2014 ini, nampaknya Nur Fazura tidak kisah untuk cerita lama tersebut dibawa kembali untuk perhatian umum selepas program realiti TV, Facing Up To Fazura mendedahkan yang beliau pernah bercinta sekejap dengan Shaheizy Sam.

THROWBACK: Akui Sering Keluar Bersama, Shaheizy Sam Nafi Bercinta Dengan Fazura

Program itu mendedahkan yang Nur Fazura dan Shaheizy Sam mula jatuh cinta ketika sama sama menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dan khabarnya ketika itu mereka seakan tidak dapat dipisahkan lagi. Namun ianya tidak lama.

Hubungan mereka dikatakan terputus tidak lama selepas itu dan tidak bertegur sapa lebih setahun sehinggalah bermulanya promosi filem lakonan mereka itu baru baru ini.

Namun itu semua cerita lama dan masing masing kini pun sudah punyai kehidupan sendiri, tetapi mesti ramai peminat yang tidak tahu akan perkara ini dan juga tertanya tanya apa sebenarnya punca mereka berpisah ‘kan? Nampak serasi. (rtky/m)