Selepas seminggu mengalami penyakit Bell Palsy atau lumpuh sebelah muka berpunca daripada kehamilan, pelakon Faye Kusairi memaklumkan dia sudah pun selamat melahirkan anak kedua pada Ahad lalu.
Perkhabaran gembira itu diumumkan oleh Faye menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Faye berkata dia dan anak perempuannya itu berada dalam keadaan baik dan sihat serta sudah dibenarkan pulang ke rumah.
BACA: Lumpuh Sebelah Muka, Faye Kusairi Muhasabah Diri
“Assalamualaikum, saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua. Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas.
“Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan bayi berada dalam keadaan sihat. Hari ini saya dan bayi sudah dibenarkan pulang ke rumah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Faye turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya dan akan mendedahkan mendedahkan wajah anaknya apabila tiba masanya nanti.
“Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell’s Palsy yang saya hidapi selama beberapa hari ini.
“Maaf saya belum mampu untuk membalas semua komen dan akan kongsikan perkembangan kesihatan saya termasuk ketika berpantang nanti. Saya akan kongsikan gambar anak bila sudah betul-betul bersedia,” katanya.
Faye dan Azmi selamat mendirikan rumah tangga pada 9 April 2017 dan dikurniakan seorang anak Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.