Pelakon dan penyanyi Amira Othman berkongsikan berita gembira bakal mengadakan sebuah showcase pada Ogos ini dengan bantuan pihak pengurusan, Fattah Amin Management

Memetik HibGlam, ditanya mengapa memilih pihak pengurusan Fattah, Amira berkata aktor berkenaan serius mahu membantunya merealisasikan impiannya, tambahan pula Fattah mempunyai pengalaman.

BACA: Shahida Mohon Maaf, Aliff Syukri Tersasul Panggil Amira Othman Isteri Fattah

“Fattah yang lamar saya sebab dia dengar saya nak buat. Dia nak bantu nak uruskan, lagi pun dia ada pengalaman dan pasukan yang boleh lakukan,” kata Amira.

“Showcase ini akan dilaksanakan Fattah Amin Management. Impian saya nak sangat buat tapi saya tak pernah ada keyakinan nak buat, takut orang tak datang. 

“Kali ini, ada orang yang memberi sokongan, jadi saya teruja nak kongsikan. Perancangannya Ogos ini tapi takut juga nak cakap lebih-lebih,” katanya.

Sementara itu, Amira mengakui dia menumpang populariti rakan sekerjanya itu untuk dikenali ramai serta berharap ada yang menghargainya dan orang ramai mengenalinya sebagai penyanyi.

“Dari awal kemunculan bersama Fattah, saya memang tumpang populariti dia untuk nyanyian dan lagu. Mudah-mudahan orang kenal saya sebagai penyanyi. Nama saya masih kecil dalam industri, harap orang menghargai saya,” katanya.

Sumber: HibGlam

×