Pelakon Fattah Amin berkata dia tidak tahu mengenai isu syarikat pembekal tudung yang mengambil tindakan saman terhadap bekas isterinya, Nur Fazura susulan hutang berjumlah RM4.65 juta.
Memetik mStar Online, Fattah berkata dia enggan mengulas megenai perkara itu kerana ianya melibatkan isu peribadi dan hanya tahu melalui berita.
BACA: Fazura Beri Kata Semangat Untuk Wanita Baru Saja Bercerai
“Saya tak tahu pasal isu saman itu, dapat tahu bila keluar dekat berita. Saya tak berani nak komen pasal perkara itu. Memang tak boleh naka cakap sebab itu isu peribadi,” katanya.
Sementara itu, Fattah berkata dia meluahkan rasa simpati apabila isu itu menjadi bualan serta mendoakan agar dipermudahkan urusan bekas isteri.
“Dah tentu bila tengok berita itu saya bersimpati, tapi doakan saja yang terbaik dan semoga segala urusan dipermudahkan buat bekas isteri saya. Dia pun bukan orang lain, ibu kepada anak saya,” katanya.
Terdahulu, Fazura didakwa berhutang sebanyak RM4.65 juta dengan syarikat pengilang tudung, Obor Holding Sdn Bhd.
Menurut pihak Obor Holding, syarikat pihak Pink Fate yang sinonim dengan Fazura hanya membayar RM2,680,167.90 dari jumlah keseluruhan RM7.3 juta.
SUMBER: mStar Online