Fattah Amin Nafi Curang, Tak Beri Nafkah

Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya Fazura mengenai dirinya yang pernah berlaku curang dan tidak memberikan nafkah.

Memetik Astro Gempak, Fattah mengakui kecewa apabila mengetahui bekas isterinya itu mendedahkan punca perceraian yang disifatkan tidak benar dan tohmahan itu mencemarkan nama baiknya.

BACA: “Saya Sediakan Rumah, Makan Minum, Hadiahkan Kereta Range Rover Untuk Fattah”

“Saya nafikan benda itu, peguam dia (Fazura) pun pernah cakap tiada kes curang kenapa tiba-tiba ada benda itu (curang).

“Itu semua saya nafikan. Saya pun ada bukti, itu tohmahan untuk mencemarkan nama baiknya. Sedangkan kita dah ada perjanjian sebelum saya lafaz tadi, sepatutnya jaga aib masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Fattah juga menegaskan perceraian berlaku kerana tiada persefahaman dan dia tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami dalam memberi nafkah.

“Tiada persefahaman itu saja. Mengenai tidak berikan nafkah, saya ada bukti kenyataan bank yang menunjukkan transaksi semua ke keluarga. Tapi mungkin itu tak cukup untuk dia. 

“Saya sebenarnya juga dah tahu semua benda tapi kita dah setuju untuk tidak membuka aib masing-masing. Saya juga dah setuju untuk tidak memfailkan nusyuz. Janganlah buat perkara sebegini nanti malu anak tengok,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak

×