fbpx

Fattah Amin Dan Fazura Tunai Umrah Bersama?

Pelakon Fattah Amin, yang masih berteka-teki mengenai status pertunangannya dan dikatakan juga bakal mengerjakan umrah bersama dengan aktres Fazura, masih menjadi tanda tanya kerana pelakon tersebut enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

BACA: Fazura, Fattah Bakal Tunang 13 November?

“Saya memang akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi dakwaan saya pergi bersama Fazura itu kena tanya dia sendiri. Saya menyerahkan urusan umrah kepada pengurus untuk menguruskannya,” katanya yang ditemui pada majlis sesi bertemu peminat di AJ De’Parfum yang berlangsung di Taman Subang Impian petang kelmarin.

Dalam pada itu, gosip yang tersebar beberapa minggu ini yang mengatakan Fattah Amin dan aktres jelita, Nur Fazura bakal mengadakan majlis pertunangan pada 13 November ini, bagaimanapun tidak mendapat kesahihan kerana Fattah enggan mengulas soal itu.

“Saya minta semua pihak terus mendoakan yang baik-baik sahaja. Jika perkara itu terjadi, saya tidak akan sorok daripada media dan peminat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fattah Amin akan berangkat untuk mengerjakan umrah bersama-sama kedua-dua ibubapa nya pada tanggal 15 November ini. (rtky/h)