fbpx

Fathia Latiff Tak Kecewa Tak Jadi Kahwin

Masih menangung luka apabila hasrat untuk berkahwin berkecai, Fatiya Latiff tidak kesal dengan keputusannya berpisah dengan bekas kekasih, A. Enggan berbicara mengenai punca perpisahan, namun beberapa kejadian membuka mata pelakon itu untuk menghentikan rancangan perkahwinan.

BACA: Fathia Latiff Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini

“Bohong jika saya tidak kecewa keran bagi saya A adalah calon suami yang terbaik. Namun kuasa Allah melangkaui segalanya. Cukup saya katakan, antara kami tiada keserasian. Saya juga rela menangis sekarang. Untuk apa bertahan dan memaksa diri meneruskan hubungan ini”

“Lebih baik saya berundur awal daripada membiarkan diri terus terluka. Dalam perhubungan saya mencari lelaki yang jujur, ikhlas dan tidak mengongkong. Bapa pernah berpesan supaya tidak terburu-buru. Dia mahu kami berkawan dulu selama enam bulan untuk mengenali hati budi”

Pernah beberapa kali putus cinta sebelum ini, Fatiya seakan sudah penat untuk memulakan hubungan baru. Tetapi apa yang pasti, beliau percaya apa yang berlaku kini mungkin ada hikmahnya. Dalam hal ini Fatiya enggan hanya mencari kebahagiaan sementara sahaja.

“Saya dan A mulai rapat sejak beberapa bulan lalu, tetapi ada beberapa perkara yang berlaku membuatkan saya tidak mahu membuang masa apabila hati mula menaruh syak wasangka. Beliau amat menghormati orang lain dan baik hati. tetapi ada beberapa perkara yang berlaku yang membuka mata”

“Sejak itu saya menyedari tiada guna membuang masa dan terus. Secara peribadi saya sudah letih mahu bercinta, tetapi saya perlu terima ketentuan ilahi,” jelasnya kepada Berita Harian Plus. (rtky/w)