fbpx

Fathia Latiff Diserang, Diugut Dengan Peluru

Gara-gara bersuara lantang dalam menyatakan pendapat di laman sosial mengenai perkara berkaitan politik, Fathia Latiff mendapat ugutan yang didakwa dilakukan oleh seorang pelakon lelaki.

BACA: Sindir Perdana Menteri, Fathia Latiff Dikecam

Perkara tersebut dikongsikan Fathia di laman Twitter dan segelintir warga laman sosial sempat bertanyakan situasi semasa Fathia. Lebih merunsingkan lagi apabila lelaki berkenaan membuat ugutan berbaur ancaman kepada pelakon wanita ini.

Sementara itu, Fathia menjelaskan bahawa dia mengenali individu berkenaan yang dikatakan botak namun enggan mendedahkan identiti pelakon lelaki tersebut.

Bagaimanapun, jika diikutkan kenyataan Fathia di laman sosial tersebut, dia tidak membuat laporan polis berhubung situasi berkenaan kerana percaya bahawa pihak berkuasa lambat mengambil tindakan.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini nama Fathia hangat di perkatakan di Perhimpunan Agung UMNO dan Exco Umno, Dira Abu Zahar, turut memberikan pandangan terhadap tindakan Fathia yang dilihat hanya sekadar menjadi keyboard warrior berkenaan isu politik.

Nampaknya ketaksuban politik tanah air mampu membuatkan nyawa seseorang terancam sedangkan hak bersuara adalah milik semua orang.

Buat Fathia dan juga mereka yang turut menerima ancaman berbahaya sebegini, lebih baik sekirannya buat laporan polis bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali. Atau mungkin Fathia boleh rujuk kembali pesanan ibu Fathia sebelum ini. Nyawa bukan boleh dijual beli. (rtky/s)

Noted ma.

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on