Fasha Sandha Syukur Terima PJB, Tak Terfikir Gelaran Datuk

Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa syukur dikurniakan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada 26 Jun lalu.

Memetik Oh Bulan, Fasha menyifatkan penganugerahan tersebut sebagai hadiah serta penghargaan terbesar pernah diterimanya, serta beranggapan rezeki buat keluarganya.

BACA: “Yang Memeningkan Orang Fake” – Fasha Sandha Lebih Suka Luang Masa Dengan Kanak-Kanak 

“Saya masih banyak kelemahan berbanding kelebihan tetapi apabila menerima pengiktirafan sebegitu, saya syukur.

“Saya syukur sebab pengiktirafan itu jarang diberikan oleh pihak istana jadi memang satu perkara yang tidak pernah dijangka, itu kurniaan yang paling tinggi saya pernah dapat,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata dia tidak mahu berlebihan mengenai penanugerahan tersebut kerana bimbang ianya disalah erti serta banyak lagi perkara perlu diperbaiki olehnya. 

“Saya amat berbesar hati dengan penganugerahan itu dan insya-Allah menyuntik semangat untuk menjadi orang lebih baik. Saya pun banyak lagi benda perlu diperbaiki berbanding kelebihan,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha berkata terlalu jauh untuk memikirkan perkara itu apabila ditanya mengenai gelaran Datuk serta menyifatkan ianya terlalu berat.

“Anugerah ini tidak buat saya rasa terbeban sebaliknya dihargai. Anugerah ini juga mungkin disebabkan saya dibesarkan di Perlis walaupun saya dilahirkan di Johor.

“Terlalu jauh nak jadi ikon negeri Perlis, ramai lagi orang yang lebih layak tetapi ini satu kenangan yang manis, Alhamdulillah. Gelaran datuk? Terlalu berat dan tak pernah terfikir, tiada komen tentang itu,” katanya.

Sumber: Oh Bulan

×