Biarpun pihak penganjur, Glass Go Media telah membuat permohonan maaf terbuka, nampaknya Fasha Sandha enggan menerimanya dan ingin saman malu terhadapnya. Malah katanya, beliau tidak pernah menyatakan nama Nora Danish didalam kenyataannya di laman Instagram sebelum ini.

BACA: Nora Danish Fail Saman Terhadap Fasha Sandha

“Saya faham penganjur memohon maaf tetapi saya masih mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka dan pihak ketiga kerana memalukan saya. Saya hanya berkongsi perasaan terhadap apa yang terjadi. Jadi tiada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak”

“IG saya adalah pengikut saya dan saya ada hak menulis apa yang saya mahukan malah mana-mana pihak ketiga tidak patut terasa jika tidak melakukannya. Saya sedikit pun tidak takut. Sekiranya pihak itu berada di pihak benar, pengikut dan pelanggan jenamanya tidak beralih arah.

Selain daripada pihak penganjur, Fasha juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak ketiga yang mendakwa beliau sudah memburukkan jenama perniagaannya. Malah mengulas perkara itu, Fasha menganggap tindakan itu suatu tindakan yang tidak matang.

“Itu adalah komen tidak masuk akal. Saya tidak gentar kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga itu menyaman saya. Negara ada undang-undang. Selepas ini, pihak ketiga itu boleh memberi penjelasan mengenainya, saya tidak akan komen lagi,” katanya kepada Harian Metro. (rtky/w)