Meskipun gagal dalam perkahwinan, pelakon Farid Kamil berkata dia tidak pernah menutup pintu pada mana-mana wanita selepas berpisah dengan Diana Danielle pada Mac lalu.
Memetik BH Online, Farid bagaimanapun menyerahkan kepada Allah mengenai hala tuju hidupnya dan tidak terburu-buru mencari pengganti kerana mahu memberi fokus dengan kehidupannya kini.
BACA: Petik Nama Jamal Abdillah, Farid Kamil Dah Mohon Maaf Tapi Tiada Respon
“Alhamdulillah, saya mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri. Saya dapat fokus kepada apa yang penting dalam kehidupan.
“Saya bersyukur dengan apa sahaja takdir buat saya. Untuk kata terbuka hati atau tidak, saya tidak pernah menutup pintu hati, tetapi lebih menjurus kepada ingin melebihkan kerja ibadah.
“Jodoh dan maut di tangan Tuhan, saya cuma berserah kepada Allah menentukan hala tuju hidup untuk memenuhkan hati dan perasaan saya,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai ciri-ciri wanita pilihan, Farid mahukan wanita yang memahami serta menerima dirinya seadanya serta tidak kisah sama ada artis ataupun tidak.
“Apa yang penting, wanita ini perlulah seorang yang boleh memahami saya dengan seadanya. Artis ataupun tidak, saya serahkan kepada jodoh. Kalau boleh wanita ini boleh menjadi menjadi pemangkin semangat untuk saya,” katanya.
SUMBER: BH Online