fbpx

Farid Kamil Ditahan Tampar Polis, Bawah Pengaruh Dadah

Menurut laporan Utusan Online, pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil telah ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

BACA: Farid Kamil, Aaron Aziz Dapat Gelaran Datuk

Menurut sumber kepada portal berita berkenaan, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, Farid dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Mutiara Damansara.

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din mengesahkan kejadian tersebut. (rtky/s)