Baru semalam bertemu dengan Ally Iskandar di majlis pelancaran kempen Super Coffee & hari ini ada berita baik datang dari pengacara popular ini dan isterinya.

BACA: Ally Iskandar Tinggalkan Isteri Hendak Bersalin Demi Tugas (ext.)


Farah Lee melalui akaun Facebook hari ini telah memaklumkan beliau selamat melahirkan bayi sulung mereka (perempuan) di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor pada 7 Julai 2014 sekitar jam 9.00 malam.

“Alhamdulillah perjalanan bersalin sangat dipermudahkan. 4 cm to fully dilate only took about 10 minutes and less than 1 hout in labour room. Tapi, boleh mengigau bila teringat balik pertempuran semalam. patut bersalin itu ganjarannya syahid,” tulis Farah Lee.

Tahniah buat Ally Iskandar, isteri dan seluruh ahli keluarga. Semoga kehadiran orang baru bakal menyerikan lagi kehidupan kalian semua. (rtky/m)