Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.532)

VIDEO HARI INI: Coldplay baru baru ini melancarkan sebuah video muzik terbaru untuk single pertama mereka, Magic dari album Ghost Stories yang akan muncul di pasaran pada 18 Mei 2014 nanti. Katanya ada clue tentang penceraian Chris Martin?

Bintang gusti terkenal, James Hellwig atau lebih dikenali dengan nama pentas Ultimate Warrior telah meninggal dunia pada usia 54 tahun semalam selepas rebah tanpa sebarang punca ketika berjalan bersama isterinya di Arizona. – TMZ Sports

Amir Raja Lawak mengakui yang hati beliau kini sudah terpaut dengan gadis yang hanya mahu dikenalkan sebagai I selepas lakukan solat sunat istikharah dan sudah pun berjumpa dengan keluarga gadis itu untuk mendapatkan restu. – mStar Online

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar pemasaran Samsung, gambar selfie paling popular yang dilakukan oleh Ellen DeGeneres ketika berlangsungnya Oscar baru baru ini bernilai US$1 billion. Siapa yang untung, Samsung. Heh. – THR

Duo wanita paling kelakar di Hollywood, Tina Fey dan Amy Poehler dilaporkan akan kembali bersatu dalam satu filem baru berjudul The Nest & mereka berdua akan memegang watak sebagai adik beradik. Okay, kami tunggu. – Huff. Post

Dalam satu sesi berbicara bersama peminat di laman sosial Twitter, Nickhun (2PM) tidak kekok berbicara tentang hubungannya dengan Tiffany (SNSD) selain turut memberikan bayangan yang kumpulannya akan kembali dengan lagu baru tidak lama lagi. – Soompi

×