VIDEO HARI INI: Rasanya belum reda lagi demam filem animasi Frozen yang sebenarnya kini sudah menjadi filem terbitan Disney paling laris sepanjang hayat — ini versi live Do You Want To Build A Snowman oleh Kristen Bell. Awesome!
Lagi kisah selebriti ini yang masih belum reda dari kontroversi, Hanez Suraya yang memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya kerana dakwaan memfitnah di laman sosial berniat untuk selesaikan masalah itu di luar mahkamah. – The Star
Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan bintang Captain America ini bakal bersara namun Chris Evans mengatakan yang hanya mahu berehat selepas kontrak bersama Marvel tamat dan fokus kepada bidang pengarahan. – Huff. Post
Berapa banyak filem berkisar Perang Dunia Kedua yang beliau mahu lakonkan? Terbaru Brad Pitt dikhabarkan sedang dalam pertimbangan untuk membintangi sebuah filem romantik berlatar zaman itu yang skripnya bakal digarap oleh Steven Knight. – Just Jared
Pelakon popular di China, Wen Zhang telah mencetuskan satu kontroversi besar apabila secara sukarela di laman sosial Weibo mengakui telah curang kepada isterinya dengan menjalin hubungan dengan rakan pelakon, Yao Di. Dasar lelaki #eh – Us Weekly
Sehari sebelum Gwyneth Paltrow dan Chris Martin mengumumkan yang mereka telah berpisah, pasangan itu dikhabarkan mengambil masa untuk bercuti sama dengan anak anak mereka di sebuah kediaman eksklusif di kepulauan Bahamas. – People