VIDEO HARI INI: Jangan menangis, jangan.
Selepas peminat dan para media tertanya tanya tentang status hubungan mereka, Johnny Depp dalam satu sidang media filem terbaru beliau Transcendence di China mengesahkan yang beliau kini bergelar tunangan kepada kekasihnya, Amber Heard. – Just Jared
Ahli kumpulan K-pop Girls’ Generation (SNSD), Hyoyeon dikhabarkan telah bergurau kasar secara melampau dengan seorang rakan lelaki sehingga rakannya itu membuat laporan polis mendakwa dikasari dengan sengaja. Wuuu ganas. – Soompi
Rangkaian NBC hari ini telah mengesahkan yang penyanyi lagu Happy, Pharrell Williams bakal menggantikan tempat Cee Lo Green dalam musim terbaru dan ketujuh The Voice akan datang yang sebelum ini beliau pernah hadir sebagai mentor undangan. – CNN
Selepas beberapa kali gagal dalam hubungan percintaannya sebelum ini, Amir Raja Lawak sekali lagi mendedahkan yang hatinya kini adalah milik seseorang selepas mendedahkan wajah insan bertuah itu di Instagram dan telah bersedia untuk berkahwin. – Sinar Harian
Lima tahun selepas pemergian Raja Pop ini, Michael Jackson bakal muncul dengan sebuah album baru berjudul XSCAPE yang akan mengandungi lapan buah lagu yang telah dirakamkan oleh penyanyi itu sebelum beliau meninggal dunia. – Huff. Post