Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.526)

VIDEO HARI INI: Seekor anjing yang telah diselamatkan dari terus hanyut dalam longkang telah menzahirkan rasa seronok dan bersyukur walau tanpa sebarang kata kata. Ya, anjing pun tahu berterima kasih. Muhasabah khas hari Jumaat dari kami di Rotikaya.

Ketika menunggu dalam kereta kerana kehabisan minyak di sebuah kawasan di pinggir Los Angeles, Zac Efron telah diserang oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali kerana mereka sangka selebriti itu melontar botol ke arah mereka. – Just Jared

Khabar terbaru yang sampai ini mungkin satu testimoni tentang populariti pelakon Korea, Lee Min Ho selepas beliau dikatakan dibayar sebanyak US$470,000 untuk watak cameo dalam sebuah drama yang diterbitkan di China. – Soompi

Sekeping gambar yang menunjukkan bekas isteri Chris Martin, Gwyneth Paltrow berkucupan dengan bekas kekasih sekitar enam bulan lalu telah muncul di internet dan menimbulkan gosip baru tentang punca sebenar perpisahan mengejutkan ini. – Us Weekly

Bagi orang ramai, mungkin kehamilan Mila Kunis sesuatu yang mengejutkan namun sumber terdekat kepada pasangan ini berkata yang beliau dan Ashton Kutcher telah berbincang untuk memiliki anak sendiri sejak setahun yang lalu. – People

Demi menghormati tragedi kehilangan pesawat MH370, pengarah filem Zombi Kilang Biskut Mamat Khalid menjelaskan beliau telah membatalkan semua promosi filem itu yang telah pun menjengah pawagam sejak 20 Mac lalu. – Sinar Harian

×