VIDEO HARI INI: Anda pasti gunakan Google saban hari dan selepas ini anda akan melihat servis paling popular di dunia itu dalam perspektif yang berbeza.
Secara rasminya, Disney dan LucasFilm mengumumkan yang filem terbaru Star Wars: Episode VII yang bakal diarahkan oleh J.J. Abrams akan memulakan penggambaran pada Mei nanti dan jalan cerita akan mengambil salur masa 30 tahun dari set Return of the Jedi. – Us Weekly
Isteri kepada Fizo Omar, Mawar yang juga merupakan anak pengasas tudung jenama Fareeda mengakui hanya memakai setiap tudung yang dimiliki hanya sekali dan sehingga kini memiliki lebih 1,000 helai tudung berbeza dalam almari. – mStar Online
Pelakon Cameron Diaz kini sedang bercuti bersama rakan rakan wanitanya di kepulauan Caribbean menjadi perhatian media Hollywood selepas beberapa keping gambar beliau mandi dan berseronok di pantai dengan separuh bogel. – Huff. Post
Dalam satu program televisyen ketua kumpulan Girls’ Generation (SNSD), Taeyeon melahirkan kebimbangan yang para peminat mereka akan beralih arah ke kumpulan lain dek kerana mereka mengambil masa lama untuk tampil dengan muzik baru. – Soompi
Pengarah penuh berseni yang sebelum ini berjaya menghidupkan Lost in Translation dan The Bling Ring, Sofia Coppola khabarnya kini sedang berbincang untuk mengarah filem terbaru tentang watak fantasi A Little Mermaid, versi live. – Deadline