VIDEO HARI INI: Pihak polis di Dubai menggunakan kereta mewah & berkuasa besar bukan perkara baru tetapi video ini menunjukkan secara lengkap barisan kereta yang menjadi pilihan polis mewah di sana. Jom jadi polis Dubai weh!
Penyanyi popular Robin Thicke dan isterinya, Paula Patton dikhabarkan kini telah sah berpisah selepas lapan tahun berkahwin menurut laporan media di Hollywood dan mereka mengambil keputusan untuk terus berkawan baik selepas ini. – Just Jared
Dalam tempoh satu jam sahaja dilancarkan, lagu terbaru kumpulan Girls’ Generation (SNSD) berjudul Mr.Mr telah berjaya menduduki tempat teratas di tujuh carta muzik Korea dan kini sedang menguasi kebanyakan carta muzik luar negara. – Soompi
Model ini boleh dikatakan telah berjaya menempa nama dalam dunia peragaan dan Alessandra Ambrosio kini menceburkan diri dalam dunia rekaan fesyen dengan melancarkan jenama ále by Alessandra baru baru yang beliau merupakan model pertama. – Daily Mail
Penyanyi malar segar, Jamal Abdillah mendedahkan dalam temubual bersama media yang beliau pernah menerima surat cinta dari seorang peminat misteri ketika berusia 12 tahun, lengkap dengan sebentuk cincin. Woooo! – GUA
Pelakon yang mual dikenali melalui filem Avatar, Sam Worthington telah ditahan pihak polis baru baru ini selepas beliau didakwa mengasari seorang jurugambar yang terlebih dahulu mengasari rakan wanita beliau. Padan muka kena tumbuk, sebenarnya. – CNN