Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.508)

VIDEO HARI INI: Realiti pendidikan di Amerika Syarikat ketika ini, dan tidak salah kalau kami katakan di Malaysia juga. Bekerja selepas belajar untuk membayar hutang ketika belajar. In b4, pandai pinjam pandai bayarlah, bro.

Filem kisah cinta berjudul The Journey yang masih ditayangkan di pawagam ketika ini berjaya meraih kutipan tiket berjumlah RM12.92 juta menjadikan ianya sebagai filem tempatan yang terlaris dalam sejarah Malaysia. – Astro Awani

Masih ingat dengan siri TV berjudul Chuck yang berakhir sekitar 2012 yang lalu? Dalam satu temubual terbaru, pereka siri tersebut Josh Schwartz berkata yang ada kemungkinan ianya akan kembali ke kaca televisyen. Aww yeah! – EW

Khabar angin bertebaran mengatakan kumpulan One Direction bakal berpecah selepas salah seorang anggotanya, Liam Payne berkata mereka tidak berjumpa satu sama lain sejak berbulan lamanya. Ada pula media yang melaporkan sebaliknya, apa cerita? – TMZ

Nampaknya memang langkah yang bijak memberikan slot Tonight Show kepada Jimmy Fallon apabila program larut malam itu berjaya mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam tempoh 20 tahun walaupun baru seminggu mengambil alih. *clap clap* – THR

Ahli kumpulan CNBLUE, Jung Yong Hwa menjadi antara selebriti Korea paling kerap muncul dalam program variasi Running Man selepas muncul buat kali kesepuluh baru baru ini dan telah digelar sebagai ahli ke-8. – Soompi

×