Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.507)

VIDEO HARI INI: Masih main Flappy Bird? Jika anda pernah bermain walau sekali, anda akan faham perasan warga emas ini yang memberikan reaksi mereka terhadap permainan video epik itu. “What’s the name of this game? Suicide?” HAHA!

Kalau anda terlepas berita & merupakan peminat kepada siri TV popular satu ketika dahulu, Heroes bakal dihidupkan semula oleh NBC dalam siri 13 episod dan akan ke udara pada 2015 nanti namun barisan pelakon masih belum diketahui. – Mirror UK

Drama bersiri TV Korea, Emergency Couple lakonan Song Ji Hyo dan Choi Jin Hyuk berjaya menjadi yang paling popular diantara rancangan lain yang ditayangkan di stesen TV lain pada masa yang sama dengan rating mencecah 5.0%. – Soompi

Ketika menjayakan salah sebuah konsert dalam jelajah Bangerz Tour di Los Angeles, Miley Cyrus telah mengejutkan hadirin dengan adegan bercium bibir bersama Katy Perry yang hadir memberikan sokongan. Aww yeah! – Just Jared

Nampaknya pelakon ini akan semakin kerap muncul di kaca TV selepas drama bersiri kepolisan, Shades of Blue yang menampilkan Jennifer Lopez telah sah akan dirakamkan dan ke udara sebanyak 13 episod di NBC. Is that you Abby Abadi? Heh. – EW

Penyanyi dan pelakon popular, Maya Karin mendedahkan yang beliau pernah jatuh hati dengan seorang lelaki yang sudah berpunya namun perasaan tersebut terpaksa dilupakan dan diabadikan di dalam sebuah lagu bertajuk Hanya Sebentar. – mStar Online

×