VIDEO HARI INI: Bersempena dengan sambutan hari Valentine yang mungkin anda semua tidak menyambutnya — biar kerana alasan agama atau tiada pasangan (uh oh), ini kisah disebalik simbol cinta yang boleh anda lihat di mana mana sahaja.
Selepas siri TV How I Met Your Mother tamat, kini versi pihak perempuan pula berjudul How I Met Your Dad dalam pembikinan dan Greta Gerwig telah diumumkan bakal membawa watak utama dalam siri baru itu. Harap ianya lebih legen.. wait for it, dary! – EW
Menjadi artis ketiga diumumkan selepas Craig David & bintang pop Korea, Rain untuk konsert Twin Tower @LIVE 2014, Christina Aguilera berjanji untuk beraksi secara sopan di atas pentas nanti sebagai menghormati budaya di sini. – Malaysian Digest
Filem terbaru yang sudah tamat penggambaran dan menampilkan Katherine Heigl telah dibawa ke IndieGogo oleh penerbitnya dengan harapan dapat meraih sumbangan sebanyak US$150,000 untuk menghabiskan proses suntingan. – Variety
Syarikat pengurusan YG Entertainment telah mengumumkan secara rasmi yang 2NE1 bakal kembali dengan album baru berjudul CRUSH pada 28 Februari ini dan ianya akan mengandui 10 buah lagu baru. – Soompi
Ratu komedi Hollywood, Sarah Silverman dikhabarkan kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Michael Sheen selepas kedua dua mereka dilihat habiskan masa bersama di malam sambutan hari jadi pelakon itu. – People