VIDEO HARI INI: Jika semalam kita ada trailer untuk filem terbaru Spider-Man, hari ini mari tonton satu lagi trailer terbaru filem superhero dan kali ini dari geng The Avengers — Captain America: The Winter Soldier. Di pawagam April 2014. Can’t wait!
Pengacara bersama program The View, Barbara Walters mempertahankan Woody Allen daripada dakwaan mencabul anak angkatnya dengan mengatakan rakan baiknya itu seorang ayah yang penyayang dan prihatin terhadap keluarga. – USA Today
Bintang Korea yang akan turun ke Kuala Lumpur Mac ini, Rain dikhabarkan akan melancarkan lagu terbaru yang dikatakan sebagai dedikasi kepada kekasihnya, Kim Tae Hee. Awww. – Soompi
Pasaran filem kedua terbesar dunia, China mencatatkan jualan tiket paling tinggi dalam satu hari sebanyak US$41 juta pada hari pertama tahun baru Cina baru baru ini yang didorong kuat oleh tayangan filem 3D, The Monkey King. – THR
Pelakon Cristina Suzanne meluahkan rasa terkejut dan pelik dengan sebuah laporan akhbar yang mengatakan ada seorang pelakon lelaki tempatan yang kurang senang dengan kehadiran dirinya dalam industri hiburan tempatan. – mStar Online
Selepas terlibat dengan siri skandal dadah dan penahanan polis, Justin Bieber berhadapan pula dengan tindakan keras kastam Amerika Syarikat yang menggeledah kapal terbang beliau selain menahan penyanyi itu selama beberapa jam sebelum dibenarkan masuk. – TMZ