VIDEO HARI INI: Casey Niestat telah mengambil US$25,000 bajet pembikinan video promosi filem terbaru The Secret Life of Walter Mitty untuk membantu mangsa taufan Haiyan di Filipina. Real hero we have here. (via Syafiq, terima kasih!)
Pelakon filem Transformer, Shia LaBeouf meminta maaf kepada semua melalui Twitter selepas beliau gagal untuk memberikan kredit kepada pembikin filem Daniel Clowes yang menjadi inspirasi untuk filem pendeknya berjudul HowardCantour.com. – Huff. Post
Pada konsert jelajah beliau di Louisville hujung minggu lalu, Justin Timberlake telah membantu seorang peminat untuk melamar teman wanitanya di atas pentas. – Too Fab
Bekas presiden Seniman, Zed Zaidi terkejut kerana mula mendapat pelbagai tawaran berlakon selepas jawatannya itu gugur berkaitan kes mahkamah namun belum bersedia untuk kembali berlakon ketika ini. – mStar Online
Nampaknya keberanian Beyoncé untuk melancarkan album terbaru beliau hujung minggu lalu berbaloi apabila ianya berjaya memecah rekod dengan jualan melebihi 828,773 dan menjadi album paling pantas terjual di iTunes. Sudah beli? – TIME
Bintang Inception, Joseph Gordon-Levitt mengesahkan yang beliau bakal mengarahkan dan membintangi sebuah filem berdasarkan komik popular, Sandman selain bekerjasama dengan David Goyer & Neil Gaiman. Harap hasilnya hebat. – THR