Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.470)

VIDEO HARI INI: Dari bra bernilai US$10 juta sehinggalah ke peserta akhir 40 Angel, ini video rangkuman pantas saat saat indah dari 2013 Victoria’s Secret Fashion Show.

Gambar dari majlis sambutan ulang tahun kelahiran Taylor Swift yang ke 24 di Melbourne, Australia menunjukkan penyanyi lagu Royals, Lorde turut hadir meraikan selain rakan rakan rapat penyanyi itu. – Just Jared

Pasangan pengantin baru Zain Saidin & Rozita Che Wan lega dan berpuas hati apabila ketiga-tiga majlis perkahwinannya berjalan lancar seperti dirancang dan mencapai status Wedding of the Year seperti yang diharapkan semua pihak. – mStar Online

Pengarah di belakang filem Inception & siri The Dark Knight, Christopher Nolan melancarkan trailer pertama untuk filem beliau seterusnya berjudul Interstellar dan setahun dari sekarang para peminat beliau akan disajikan sebuah lagi filem hebat. – Business Insider

Dua anggota tetap program Running Man, Yoo Jae Suk dan Gary telah dipilih oleh lebih 1,000 penuntut kolej di Korea sebagai lelaki paling didambakan dalam program itu. – Soompi

Dengan pelbagai kontroversi menyelubungi dirinya, Lindsay Lohan telah memutuskan untuk menerbitkan sebuah buku menceritakan segalanya dari pihak beliau & berkata sudah menerima tawaran enam angka dari syarikat penerbitan yang berminat. – TMZ

×