Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.468)

VIDEO HARI INI: Raksasa paling ikonik dalam sejarah filem dunia, Godzilla bakal kembali ke pawagam Mei 2014 dengan sentuhan pengarah Gareth Edwards dan tampilkan barisan pelakon hebat seperti Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen & Bryan Cranston.

Dalam konsert terbaru beliau, sebagai selingan Kanye West meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mereka di Anugerah Grammy yang hanya memberikan 2 pencalonan untuk albumnya Yeezus walaupun cukup popular di seluruh dunia. – MTV

Kate Winslet telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki & merupakan yang pertama bersama suaminya, Ned Rocknroll di sebuah hospital di England. – E! Online

Persoalan selama ini yang masih menjadi tanda tanya berhubung isu skandal antara pelakon Adi Putra bersama seorang wanita berstatus isteri orang akan terjawab malam ini apabila pelakon itu memanggil media untuk satu sidang media khas. – Utusan Malaysia

Menerusi satu temubual terbaru, Demi Lovato mengejutkan ramai pihak dengan mengakui terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan pernah menyeludup dadah untuk kegunaan beliau ke dalam pesawat kerana tidak mampunya hidup tanpanya lebih 30 minit. Wow! – Just Jared

Anda mahu menawan hati Adam Levine? Ini tunang beliau, Behati Prinsloo memberikan tips kecantikan untuk anda semua guna pakai. Heh. – US Magazine

×