Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.467)

VIDEO HARI INI: Seluruh Selangor hari ini bercuti, kami cemburu — dan, ini lagu untuk mereka yang tidak boleh lekang dengan telefon pintar. Tiada kaitan, ya kami tahu.

Bintang siri televisyen popular Glee, Lea Michele melancarkan single terbaru beliau berjudul Cannonball dan akan membawakan lagu baru ini buat pertama kali di The Ellen DeGeneres Show esok. Dengarkan terlebih dahulu. – Just Jared

Selebriti penuh kontroversi, Miley Cyrus telah diangkat oleh MTV sebagai Artist Of The Year dan ini bukan sesuatu yang mengejutkan selepas persembahan beliau di 2013 MTV Video Music Awards yang menjadi bualan seluruh dunia. – Huffington Post

Tampil seksi menghiasi muka hadapan Bazaar terbaru, Miranda Kerr berkata yang beliau dan bekas suami, Orlando Bloom masih saling mengambil berat & menyayangi antara mereka berdua dan itu sesuatu yang penting untuk anak mereka, Flynn. – Too Fab

Gambar yang tersebar menunjukkan pasangan ini dalam pakaian pengantin menimbulkan satu spekulasi yang mereka sudah berkahwin namun ternyata Ashton Kutcher dan Mila Kunis hanya berpakaian sebegitu untuk menghadiri majlis perkahwinan abang Mila. – Daily Mail

Bintang komedi Amerika Syarikat, Adam Sandler menduduki tempat teratas dalam senarai Forbes untuk pelakon paling tidak berbaloi untuk dibayar dengan anggaran hanya memberikan pulangan US$3.40 untuk setiap dollar yang dibayar pengeluar filem. – Independent UK

×