VIDEO HARI INI: Kumpulan U2 memberikan penghargaan kepada hidup penuh inspirasi pemimpin Afrika Selatan, Nelson Mandela dalam lagu mereka Ordinary Love untuk filem biografi Mandela: Long Walk To Freedom.
Tampak jelita sebagai wajah muka hadapan InStyle terbaru, Britney Spears berkata yang beliau memang mahukan anak lagi tetapi kali ini biarlah seorang perempuan kerana merasakan beliau tidak akan sunyi lagi dengan seorang anak perempuan. – Just Jared
Adik kepada Paris Hilton, Barron Hilton merancang untuk memfailkan saman terhadap Lindsay Lohan kerana di’dakwa dengan sengaja meminta seorang polis untuk menumbuk dan cederakan dirinya namun polis itu berkata Lindsay Lohan tidak bersalah. – TMZ
Bintang Korea yang popular dengan lagu Gangnam Style dan Gentleman, PSY dikhabarkan telah hampir pasti akan kembali dengan album dan lagu baru namun masih belum mempunyai tarikh yang pasti kerana masih memberikan sentuhan terakhir terhadap karyanya. – Soompi
Dalam temubual terbaru bersama majalah Playboy, Ben Affleck mengecam tindakan paparazzi yang mengekori pergerakan anaknya untuk merakamkan gambar demi keuntungan dan anggap perbuatan mereka sebagai satu perkara keji dan tidak bermoral. – Huff. Post
Selebriti yang juga bergelar chef, Jaafar Onn berkata beliau kini dalam perancangan membuka sebuah restoran masakan Malaysia di kota London dan sekurang kurangnya akan terbang ke sana tahun hadapan untuk mencari lokasi yang sesuai. – Utusan Malaysia