Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.462)

VIDEO HARI INI: November sudah tamat dan koleksi video pendek Vine terbaik sepanjang bulan kini sudah ada. Cara terbaik untuk buang masa anda hari ini, six seconds at a time.

Menurut senarai baru yang di’keluarkan Forbes, Sofia Vergara telah menduduki senarai teratas pelakon televisyen paling lumayan menerima bayaran sepanjang tahun lalu dengan menerima US$30 juta, mengalahkan semua pelakon sama ada lelaki atau wanita. – Forbes

Penyanyi Amy Search menyangkal dakwaan dan khabar angin mengatakan yang Yazid (Search) telah meninggal dunia selain memaklumkan rakannya itu sudah sedar selepas di’masukkan ke hospital awal pagi kelmarin. – Sinar Harian

Penyanyi yang kini mula fokus kepada kerjaya lakonan, Rita Ora disahkan bakal membintangi filem adaptasi novel popular 50 Shades of Grey membawakan watak adik angkat kepada Christian Grey yang merupakan watak utama. – Huffington Post

Dalam cubaan melakonkan semula Pepero Game bersama Song Ji Hyo yang popular, Gary (Running Man) telah membuat kejutan dengan mencium bibir peminat yang menjadi pilihan beliau untuk naik ke atas pentas ketika showcase pertama LeeSsang di Singapura. – Soompi

Belum reda kejutan yang mengatakan beliau bercerai dengan Orlando Bloom, laporan terbaru ada menyebut yang Miranda Kerr kini sedang berpacaran dengan seorang billionaire kasino dari Australia, James Packer. Pantas! – Fox News

×