VIDEO HARI INI: Kami suka magic, silap mata seperti kanak kanak yang tidak tahu apa apa. Dan, David Blaine kembali sekali lagi buat kita semua dan juga Kanye West juga Will Smith terpegun dengan aksi silap mata ringkas beliau.
Penyanyi Kelly Clarkson mengumumkan melalui Twitter yang beliau kini sedang hamil anak pertama dengan suaminya, Brandon Blackstock dan menyifatkan ianya sebagai hadiah Krismas yang tiba lebih awal tahun ini. – CNN
Jika anda belum tahu, Adam Levine dari Maroon 5 baru sahaja dinobatkans sebagai Sexiest Man Alive untuk tahun 2013 oleh majalah People. Tiada bantahan dari kami. – Just Jared
Salah seorang pelawak dari kumpulan Shiro iaitu Shahrol merupakan antara calon yang terpilih bagi menggantikan Faizal Ismail yang meninggalkan stesen Hot FM berkuat kuasa 15 November lalu dan telah bersiaran sejak Isnin. – mStar Online
Kumpulan Backstreet Boys melancarkan video muzik terbaru mereka untuk lagu Show ‘Em (What You’re Made of) melalui akaun Facebook mereka & ada antara mereka yang memang tidak berbaju dari awal sehingga habis video tersebut. – USA Today
Nampaknya dunia muzik kpop semakin berani & seksi. YG Entertainment baru baru ini umumkan yang ahli 2NE1, CL akan tampil berbogel dalam video muzik terbaru mereka untuk lagu Missing You akan muncul pada 21 November ini. Sex sells isn’t it? – Soompi