VIDEO HARI INI: Ini menarik, PBS Digital Studio menerbitkan sebuah video animasi memaparkan temubual sekitar tahun 1993 dahulu dengan ikon dunia muzik alternatif ketika itu, Kurt Cobain.
Sedikit terlambat kami kongsikan tetapi tidak mengapa, Neelofa dalam kenyataan terbaru berkata yang beliau merancang untuk meninggalkan dunia seni sebelum umur 30 tahun untuk tumpukan perhatian kepada perniagaan. – mStar Online
Khabar terbaru menyebut yang pasangan bercinta Chris Evans & Minka Kelly kini telah berpisah dan ini merupakan kali kedua mereka memutuskan hubungan selepas kali pertama pada tahun 2007 yang lalu. Jodoh itu misteri ‘kan? – Just Jared
Ini satu pengakuan yang agak creepy, Katy Perry dalam satu temubual bersama peminat baru baru ini mengakui yang beliau pernah menyimpan segumpal rambut milik Taylor Swift dan Miley Cyrus dalam beg tangan beliau. Eww. – US Magazine
Pelakon dan penyanyi berbakat Korea, Jang Nara melancarkan video muzik untuk lagu terbaru beliau berjudul Love dan ini merupakan lagu pertama beliau dalam tempoh 18 bulan. – Soompi
Ramai yang tahu penyanyi ini siap menyewa stadium untuk melamar kekasihnya dan kali ini anda boleh menonton video sepanjang proses lamaran Kanye West terhadap Kim Kardashian yang berlangsung baru baru ini. Meriah bak hang. – People