VIDEO HARI INI: Stephen Colbert menculik pereka cerita di sebalik siri TV popular Breaking Bad, Vince Gilligan memaksa beliau untuk menulis lebih banyak episod untuk siri tersebut. #LOL
Mengetahui untuk dirinya mengandung bukan sesuatu yang mudah di usia 47 tahun, Janet Jackson kini bercadang untuk mengambil anak angkat dari Jordan atau Syria bersama suaminya yang juga billionaire dari Qatar, Wissam Al Mana. – Daily Mail
Tyra Banks telah mengambil keputusan memfailkan saman bernilai lebih US$10 juta terhadap beberapa syarikat pengeluar rambut palsu kerana di’dakwa menggunakan nama beliau untuk menjual pelbagai produk mereka. – IB Times
Justin Bieber ke tembok besar China semalam & kerana laluan terlalu jauh, beliau telah meminta pegawai yang mengiring untuk mendukungnya sepanjang perjalanan. – TMZ
Nampaknya pelakon ini kembali ke medan hubungan suka suka, George Clooney dikhabarkan telah menghabiskan masa semalaman bersama seorang model berasal Croatia, Monika Jakisic & mereka pernah menjalin hubungan sekitar 2004 lalu. – US Magazine
Walaupun ada yang masih berharap ada sinar dalam hubungan Michael Douglas & Catherine Zeta-Jones yang kini sedang berpisah, sumber terdekat dengan pasangan ini memaklumkan yang mereka mungkin tidak akan kembali untuk bersama seperti dulu. – People