VIDEO HARI INI: Jika ada satu video peminat menyanyikan semula lagu kegemaran mereka yang perlu anda tonton hari ini, inilah dia. Versi James Dalby untuk lagu Ignition nyanyian asal R Kelly memang da bomb.
Kegilaan penerbit mengeluarkan program realiti TV sebenarnya belum berakhir, terbaru MTV telah mengumumkan siri dokumentari khas Ke$ha berjudul ‘Ke$ha: My Crazy Beautiful Life’. – Huff. Post
Selepas melahirkan Noah Shannon pada September yang lalu, Megan Fox mengakui merasa dirinya kini bukan lagi seorang pelakon, tetapi lebih kepada menjadi ibu sepenuh masa. Bagus. – People
Kerana bimbang rakan rakan beliau terlalu bising ketika makan malam, George Clooney telah berbesar hati membayarkan bil makan pelanggan di meja sebelah. Pemurah & tanggungjawab. – The Local
Isu kenyataan Shah Iskandar yang mempertikai Persatuan Seniman telah selesai selepas Zed Zaidi mengesahkan pelakon itu sudah meminta maaf atas ketelanjuran beliau. – Sinar Harian
Paramount Farms yang berjaya mendapatka Psy untuk iklan Super Bowl tahun ini berkata pemilihan penyanyi itu sangat bersesuaian dengan pasaran kacang berjumlah US$38 juta di Korea Selatan. – ABC