Faezah Elai Kini Hamil Anak Kedua

Mengakui tidak dapat hadir ke beberapa majilis hiburan dan juga aktiviti seni, Faezah Elai menjelaskan bahawa kini sedang hamil anak kedua sejak Mac lalu selain turut mengalami alahan yang teruk sepanjang usia kandungannya yang kini memasuki bulan keenam.

BACA: Faezah Elai Tolak Babak Dedah Aurat, Atas Katil

“Saya dapat tahu yang saya mengandung selepas dua bulan ketika itu penghujung penggambaran drama Wadi yang kini sedang ditayangkan di TV3. Selepas tamat drama itu saya terus berehat dan keadaan kesihatan saya memang agak teruk ketika mengandung kali ini. Badan terlalu lemah dan tidak boleh banyak bergerak”

“Bukan berlakon sahaja, undangan majlis hiburan pun saya tidak dapat datang,” jelasnya kepada mStar Online selain menyatakan dia tidak mahu membuat persiapan terlalu awal.

“Saya tidak mahu teruja buat persiapan awal-awal kerana tidak mahu apa-apa buruk terjadi. Kalau sudah lapan bulan barulah kami buat persiapan. Lagi pula sekarang pun kami belum tahu bayi ini lelaki atau perempuan, tapi bagi saya tidak kisah apa pun jantina asalkan dia sihat,” katanya.

Faezah berkahwin pengarah drama Heykal Hanifah pada September 2012 dan mempunyai anak perempuan bernama Dealova Heyrinna Heykal yang kini berusia dua tahun. (rtky/s)

×