fbpx

Ezzaty Abdullah Teringin Cahaya Mata

Mendirikan rumah tangga awal Julai tahun lalu, pasangan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah sudah menimpikan kehadiran cahaya mata di dalam rumah tangg mereka. Biarpun rezeki masih belum berpihak kepadanya namun Ezzaty tidak pernah putus asa mencuba malah pasangan ini juga telah menyenaraikan beberapa nama untuk anak mereka nanti.

BACA: Selepas London Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah Rancang Tunai Umrah

“Sebelum ini saya pernah sangka mengandung apabila mendapat tanda-tanda awal kehamilan ketika mengerjakan umrah Januari lalu. “Tapi kami masih tak putus asa dan akan terus berdoa. Cita rasa kami selalu berbeza tapi itu menjadikan kami seronok dan semakin mengenali”

“Kami sering juga bergaduh kerana pemilihan perabot kerana dia suka lain dan saya suka yang lain. Begitu juga bila berbincang mengenai nama anak dan kami juga ada senarai nama anak, tapi itu pun sukar juga nak buat pilihan kerana Azwan suka pilih nama yang saya tak berkenan,” jelasnya kepada Media Hiburan berhubung perkara itu.

Manakala apabila ditanya mengenai pengalaman bergelar isteri, Ezzaty akui rezekinya di dalam dunia hiburan semakin bertamah sejak berumah tangga tahun lalu. Pun begitu beliau tetap mahu selektif didalam pemilihan drama supaya ianya bersesuaian dengan masanya agar dapat dibahagikan dengan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Sebelum ini Ezzaty menyangka dirinya telah hamil apabila ketika sedang mengerjakan umrah, beliau mengalami tanda-tanda orang hamil selain daripada tidak datang bulan selama 40 hari, namun akhirnya perkara sebaliknya terjadi. Pasangan itu akui kecewa kerana mereka mengharapkan dapat menimang cahaya mata dengan cepat. (rtky/w)