Pelakon Eyka Farhana meluahkan rasa syukur selepas tujuh tahun mereka mengenali antara satu sama lain, dia dan Akhyar Rashid akhirnya disatukan sebahai suami isteri.
Memetik BH Online, Eyka berkata mereka hanya mampu merancang namun Allah adalah sebaik-baik perancang apabila sah diijabkabulkan sehari selepas ulang tahun kelahiran suaminya.
BACA: Eyka Farhana Sah Bergelar Isteri Akhyar Rashid
“Alhamdulillah, selepas tujuh tahun mengenali antara satu sama lain dan melalui pelbagai jatuh bangun sepanjang percintaan, akhirnya jodoh kami kuat.
“Sebelum ini, saya pernah bercakap soal perkahwinan, tapi percaya kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Kami hanya mampu merancang, namun Allah menentukan segala-galanya.
“Kami bergelar suami isteri dan lebih bermakna, tarikh pernikahan kami jatuh sehari selepas ulang tahun kelahiran Akhyar,” katanya.
Sementara itu, Akhyar yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC (TFC)berkata dia jatuh cinta dengan keperibadian isterinya seorang yang sopan santun serta pandai memasak.
“Saya jatuh cinta dengan keperibadiannya. Percakapannya penuh sopan santun dan pandai melayan keluarga dengan baik, termasuk saya yang kini sudah bergelar suaminya.
“Apa yang paling saya suka, Eyka pandai memasak. Minta sahaja apa-apa, dia akan sediakan. Antara air tangan isteri yang saya suka adalah masakan kampung seperti ikan goreng, kacang buncis goreng, sambal belacan dan ketam masak lemak,” katanya.
Jumaat lalu, Eyka sah bergelar isteri Akhyar dengan sekali lafaz. Pada majlis itu, Eyka menerima mas kahwin sebanyak RM3,200.
SUMBER: BH Online