fbpx

Emma Maembong: Tak Perlu Tunang, Kahwin Terus

Mungkin acap kali pelakon Emma Maembong sering diajukan soalan-soalan seperti bilakah dia mahu mengakhiri zaman bujang, bila nak kahwin, atau bila nak bertunang. Bagaimanapun pelakon yang semakin matang ini tidak pernah melatah malah menjawabnya dengan tenang.

BACA: “Emma Maembong Ajar Saya Hargai Wanita, Bersyukur”

“Soal jodoh saya sangat tak berani sebab pernah tercakap open, end up tak jadi dan orang kata itulah beria sangat, soal jodoh ini biar Allah tentukan,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran My Sketchbook Shawl by Emma Maembong.

Walaupun sebelum ini pernah mengalami pengalaman bercinta, Emma Maembong mahupun Kamal Adli tidak berasa fobia untuk bercinta malah pengalaman lepas dijadikan sebagai satu pengajaran supaya pengalaman lepas tidak berulang kembali.

“Tak ada fobia pun kisah lalu, macam Kamal cakap i’m still young gunakan sebaik mungkin tak payah nak kawal-kawal dia atau dia kawal saya. Nak berlakon dengan sesiapa, dia nak buat apa saya akan sentiasa sokong.

Begitu juga dengan saya. Kita sama-sama sokong tak kisah walaupun kami bercinta atau tak, apa yang dia buat saya akan sokong, bukan disebabkan kerana bercinta je saya sokong dia, macam hari ini dia datang jadi emcee untuk majlis saya,” ujarnya lagi.

Emma juga tidak mahu mengadakan majlis pertunangan kerana baginya majlis pertunangan adalah bagi mereka yang mahu mengenali antara satu sama lain sedangkan dia telah mengenali pasangannya itu beberapa tahun lepas.

“Saya tak nak tunang, tunang ini sebenarnya zaman-zaman dulu yang tak ada telefon kononnya pertunangan ini untuk mengenali antara satu sama lain, tetapi zaman sekarang ini dah boleh ‘face time’, call semua itu. Tak payah tunang rasanya nikah sahaja terus, sebab tunang ni nak kenal pasangan, tapi kalau dah kenal dia 3 tahun, you nak tunang apa lagi. Nikah sahaja terus, kenapa nak tambah lagi setahun untuk tunang dan berkenalan sedangkan you dah kenal,” katanya yang tidak akan berahsia sekiranya mahu berkahwin kelak.

Dalam pada itu, di Majlis pelancaran My Sketchbook Shawl by Emma Maembong anda boleh mendapatkan kesemua koleksi tersebut dengan harga bermula dari RM55 sehingga RM99. Buat pengetahuan anda juga, kesemua koleksi tudung yang dijualnya adalah hasil lukisan tangan Emma Maembong sendiri. (rtky/h)