Takut Peminat Bosan, Emma Maembong Malas Cakap Pasal Kahwin
Kami pun perasan setiap kali gambar pasangan ini dikongsi di laman sosial, pastinya ada peminat yang meninggalkan komen yang mereka sudah bosan melihat mereka berdua selain ada yang bertanya bilakah mereka akan berkahwin.
Sedar akan hakikat itu, Emma Maembong berkata beliau tidak mahu lagi bercakap tentang soal perkahwinan dengan Zizan Razak selagi ia belum benar-benar pasti.
BACA: Emma Maembong Dan Zizan Razak Jalani Fotografi Pra Perkahwinan Di Jepun?
“Saya tidak mahu bercakap tentang itu kerana jawapannya masih sama seperti tahun lepas, saya tidak mahu cerita berpusing-pusing hingga sebenarnya tiada jawapan tentang itu. Orang akan mula bosan dan marah dengan saya bila bercakap benda yang sama sahaja,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Emma Maembong meluahkan rasa gembira apabila kedua dua kakanya iaitu Yaya & Shikin Maembong telah selamat bergelar isteri orang baru baru ini.
“Insya-Allah kalau ada jodoh saya nanti saya akan beritahu dan jemput semua,” tambahnya.
emma kantoi komen kat IG Prince Mateen of Brunei. cuma bagi thumbs up tapi haha so funny..
tu lah..aku tgk muka ko ngn zizan pn dh muak.tp elok lh cpt2 kwin..ntt jd cm kakak2 awk yg trlbih sdah.oopppss!!!
Hahaha yela akak ema kawin jew cepat2 sya doa kn abg zizan and kak ema cepat2 kawin AMIN….
Setuju dgn spogebob… pelik.. kalau canik bebenor bagai takkan la x lakusss… xyah nak menghot sgt bile couple… story emma dulu pun teruk gila…. zizan je yg kesian.. emma pn kesian kat zizan.. sbb nama stay up.. tu yg bergabung tp tak nak kawen… hahaha. kelakooo loserrrr
zizan dan maembong mmg pasangan sweet.. zizan jaga maembong elok2 yer
diorang ni sweet,, zizan dah banyak duit pn tak mahu kawin ker?? pelik lah – kedaionlinemy.com
Semoga zizan dan emma maembong cpt2 kawin ye .. jgn laa x kawin ,, saye peminat no 1 zizan ngn emma tw .. hrap ade jodoh yw …
Semoga zizan dan maembong menjadi pasangan yang diberkati dan istiqamah dunia akhrat. Amin