fbpx

Elly Mazlein Jadi Penyampai Radio Era FM

Selepas bergelar hos Gegar Vaganza musim ke-9, rezeki pelakon dan pengacara Elly Mazlein melimpah ruah apabila bergelar penyampai di radio Era FM bermula minggu hadapan.

Berita tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi di Era FM semalam, mengucapkan selamat datang buat Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina.

BACA: “Sebenarnya Saya Ni Pemalu Orangnya, Tiada Keyakinan Diri” – Kak Lina

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

“Welcome on board Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya hari ini Kak Lina Pom Pom dah jadi family ERA guys. Bermula next week, Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40 ! Habis semua job orang dia nak caras eh,” tulis perkongsian itu.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat Kak Lina serta meluahkan rasa syukur dengan rezeki diberikan buat pengacara itu.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka akan mendengar radio Era selepas ini disebabkan Kak Lina dan pasti akan terhibur mendengar celotehnya ketika memandu.