Ella Jawab Gosip Cintanya Dengan Rashid Sidek Pada 1990-an

Jika anda membesar pada tahun 90an, pasti masih ingat lagi dengan gosip cinta antara penyanyi rock Ella dan pemain badminton terkenal, Datuk Rashid Sidek.

Perkara itu hangat diperkatakan di laman Twitter apabila seorang netizen berkongsikan gambar Ella dan Rashid sekitar tahun 1990an.

Sedar perkara itu hangat diperkatakan, Ella tampil menafikan perkara itu. Menurut Ella mereka hanya kawan sahaja dan dia merupakan peminat anak-anak Sidek.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan ketika itu mereka berharap bahawa hubungan mereka itu ‘menjadi’.

Ella sempat berseloroh mengatakan ketika itu dia menunggu suaminya yang masih bersekolah. Difahamkan, foto tersebut dirakma oleh jurugambar ketika Ella hadir menyaksikan pusingan akhir Piala Thomas di Stadium Negara.

Ella mendirikan rumah tangga dengan Azhar Ghazali pada 2012 dimana ketika itu Ella berusia 46 tahun dan suaminya berusia 30an.

×