Elizabeth Tan Dan Adira Kini Berkawan Baik

Nampaknya hubungan antara penyanyi Elizabeth Tan dan Adira agak rapat apabila mereka dilihat serasi apabila berada di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 30 malam kelmarin.

BACA: Elizabeth Tan: Nak Buat Album Penuh Susah Nak Laku

Jelas Elizabeth Tan sendiri atau lebih mesra dengan nama panggilannya Lizzy, berkata mereka berdua berkawan baik dan tidak mempunyai masalah apa-apa kerana apa yang berlaku bukan salah dirinya.

“Kami berkawan baik seperti biasa dan sewaktu saya memenangi Anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik baru-baru ini dia ada menghantar mesej mengucapkan tahniah melalui applikasi Whatsapp”

“Perkara yang lepas, Adira sendiri telah pun cakap itu bukan salah saya,” katanya yang ditemui selepas selesai sahaja Konsert Separuh Akhir Muzik Muzik -30 malam kelmarin.

Sebelum ini Elizabeth Tan telah dikaitkan sebagai punca perpisahan antara penyanyi Adira dan bekas tunangnya, Shahrun Nasrun. Bagaimanapun, Adira sendiri tampil menjelaskan bahawa Elizabeth Tan tidak bersalah dalam hal tersebut.

Dalam pada itu, Elizabeth Tan turut beraksi dalam Konsert Separuh Akhir Muzik Muzik ke-30 dengan membawakan lagu popularnya Knock Knock. Walaupun begitu keputusan akhir akan diumumkan selepas Konsert Separuh Akhir Muzik Muzik minggu ketiga iaitu pada 6 Disember 2015. (rtky/h)

×