Bekas isteri Edika Yusof iaitu Nor Hidayah menafikan dirinya tidak waras seperti didakwa pelakon itu serta mengatakan dirinya dalam keadaan sihat.
Memetik Harian Metro, Hidayah berkata meskipun dirinya lumpuh separuh badan sejak 19 tahun lalu namun dia masih boleh bekerja dan menguruskan rumah tangga kerana sering diingatkan Edika tiada benda percuma di dunia ini.
BACA: Edika Yusof, Isteri Sah Cerai Talak Satu
Menurut Hidayah lagi, keluarga mentua juga tahu dia bekerja malah urusan kerja bekas suaminya sebelum ini turut diuruskan olehnya.
“Sepanjang perkahwinan saya dengan dia (Edika), saya bekerja. Saya bukan terlantar saja. Dia ‘shooting’ (penggambaran) ke apa, tapi saya yang menguruskan segalanya.
“Edika pun sejenis orang yang selalu cakap, tiada apa percuma di dunia ini. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia (Edika) pun tahu.
“Saya kat rumah tak duduk diam-diam. Urusan di rumah lain, urusan kerja lain. Termasuk, urusan kerja dia (Edika) pun saya juga yang uruskan,” katanya.
Dalam pada itu, Hidayah berkata peringatan bekas suaminya itu disifatkan sangat memilukan hatinya namun dia bersabar lebih 20 tahun sepanjang perkahwinan mereka.
Hari ini, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas hampir 22 tahun mendirikan rumah tangga.
SUMBER: Harian Metro