Kami sudah menonton filem ini tayangan media minggu lalu dan apa boleh kami katakan, Tom Cruise masih berbisa dalam Edge of Tomorrow dan setakat artikel ini ditulis untuk anda, filem aksi ini meraih 90% rating di Rotten Tomatoes. Wow!
Edge Of Tomorrow mengisahkan dunia di masa hadapan yang diserang oleh makhluk asing tanpa belas kasihan dan tidak mampu ditewaskan oleh mana mana unit ketenteraan ketika itu. Major William Cage (lakonan Tom Cruise) yang tidak pernah berperang sebelum ini telah dihantar ke medan tempur namun telah terbunuh dalam hanya beberapa minit. Tunggu dulu.
Namun selepas itu, Cage terjaga dan mendapati dirinya berada dalam gelung masa (time-loop) yang memaksa beliau untuk menghadapi pertempuran brutal itu berkali kali — ya, bertempur dengan makhluk asing mati dan kembali hidup.
Tetapi dengan setiap kali beliau mati dan bangun, Cage masih mempunyai daya ingatan dari ‘kehidupan’ sebelumnya dan ini membuatkan beliau mampu menajamkan kemahiran bertempur disamping seorang pegawai Special Forces, Rita Vrataski (lakonan Emily Blunt).
Bersama gadis cantik manis, haruslah motivasi untuk mengalahkah musuh semakin kuat & bukan atas sebab itu sahaja, anda akan nampak semangat juang pasangan ini untuk mempertahankan bumi dari terus dimusnahkan.
Bagi kami, Edge of Tomorrow satu filem dengan idea asli dan tidak mencedok mana mana filem yang pernah anda tonton sebelum ini walaupun situasinya kelihatan agak cliché iaitu penaklukan makhluk asing terhadap bumi kita.
Tom Cruise dan pengarah filem ini, Doug Liman mengambil langkah berani mengetengahkan konsep baru melalui Edge of Tomorrow di kala filem filem musim panas lain sama ada merupakan sekuel atau pun remake daripada filem tahun tahun terdahulu.
Ini hanya tulisan pendek kami tentang filem ini dan review lebih mendalam bakal menyusul kelak dan apa yang boleh kami beritahu anda ketika ini adalah pergilah menonton filem lakonan Tom Cruise & Emily Blunt ini di pawagam. Ianya hebat, sangat hebat.
Edge of Tomorrow di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Mei 2014.