“Dulu Semua Benda Buat Sendiri, Bila Dengan Ubai Saya Jadi Princess”

Penyanyi Shila Amzah berkata hidupnya kini lebih bahagia dan manis selepas bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai.

Menerusi temu bual bersama Pa&Ma, Shila berkata sebelum ini semua perkara dia perlu lakukan sendiri namun selepas berkahwin dia mendapat layanan seperti puteri.

BACA: Ibu Shila Amzah Akui Sedang Berkenalan Dengan Seseorang

@pama.my

Sebelum ni saya tak pernah dapat rasa saya boleh berada dalam feminine energy, sebelum ni saya masculine energy, semua benda saya kena buat sendiri. Tapi bila dengan Ubai, saya boleh jadi princess … itu saya paling suka.” – Shila Amzah Perjalanan hidup Shila bukan mudah. Dari belajar jadi kuat sendiri, berdikari, sampai lupa untuk rasa ‘dilindungi’. Tapi hadirnya Ubai dalam hidup Shila mengubah segalanya. Dia temui ruang untuk berehat, untuk rasa disayangi dan dihargai, bukan sebagai seorang selebriti, tapi sebagai seorang wanita biasa yang akhirnya boleh rasa jadi ‘puteri’ dalam kisah cintanya sendiri. #majalahpama #anak #pama #keluargabahagia #ShilaAmzah #Ubai #CintaYangMenyembuhkan #FeminineEnergy #RelationshipGoals #HealingJourney #CintaSejati #JadiPuteriDalamCintaSendiri

? original sound – Pa&Ma – Pa&Ma

“Sebelum ini saya tak pernah dapat rasa hidup dalam feminim energy, sebelum ini saya maskulin engergy. Semua perkara saya perlu buat sendiri.

“Tapi selepas ada Ubai, saya rasa seperti ‘princess’. Itu membuat saya suka dengan hidup yang sekarang,” katanya.

Sementara itu, mengenai komunikasi dalam rumah tangga Shila berkata dia dan suaminya tidak mempunyai sebarang masalah, malah masing-masing turut mengetahui kata laluan akaun bank.

“Kami berkomunikasi dengan baik, alhamdulillah masing-masing faham. Setakat hari ini, belum ada masalah. Kami saling berkongsi sehingga password akaun bank pun masing-masing tahu,” katanya.

SDalam pada itu, Shila berkata mereka saling percaya antara satu sama lain dan tidak memeriksa telefon kerana masing-masing tahu menjaga batas apabila berurusan dengan rakan berlainan jantina.

“Kami berdua tidak saling semak telefon masing-masing, kerana tahu batasnya. Ubai pun berada dalam industri ini (hiburan) juga.

“Saya percaya Ubai tahu untuk jaga batas jika berurusan dengan artis atau rakan sekerja wanita, begitu juga saya.

“Perkara ini tidak perlu dibincangkan kerana batas suami dan isteri masing-masing perlu sendiri, kalau tidak tahu jaga batas bahaya dalam rumah tangga,” katanya.

Sumber: TikTok Pa&Ma

×