Kalau korang sejenis yang gila makeup atau suka bau wangi-wangian tapi dalam masa yang sama tak nak buat poket menangis, ini salah satu barang wajib yang patut ada dalam koleksi korang.

Elianto, satu jenama produk kecantikan tempatan yang dah lama buat kerja power dalam dunia makeup dan fragrance, kini secara rasminya berada di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia. Yes! Masuk outlet Watsons menjelang hujung tahun ni! Elianto akan berada di 600 cawangan Watsons seluruh Malaysia! Lagi senang lah nak cari produk zaman sekolah ni.
Bukan tu je, ni semua manis-manisan sempena ulang tahun ke-20 Elianto. Dua dekad beb, bukan kaleng-kaleng produk ni!

Lagi hype, sempena sambutan ulang tahun ini, Elianto buat launch besar-besaran dekat IOI City Mall, Putrajaya. Bukan launch biasa-biasa, tapi siap ada Watsons Brand Roadshow yang bawa vibe nostalgia, moment of discovery untuk yang baru nak kenal brand ni. Dari Velvet Matte Compact Powder untuk kulit flawless sampailah ke Perfumed Body Mist yang boleh buat orang pandang dua kali.
Ramai tak sedar yang Elianto ni 100% jenama tempatan , tapi bila korang tengok packaging, tekstur dan produk terus rasa macam international brand!

Dah 20 tahun dalam industri kecantikan, tapi yang menariknya Elianto tetap mesra poket dari segi harga yang mampu milik, bahan berkualiti tinggi, sesuai untuk semua tona kulit, dan paling penting, formula dia ringan, tahan lama. Memang ngam dengan cuaca panas lembap Malaysia.
Lagi satu benda yang paling ramai orang tunggu adalah mudah didapati di mana sahaja. Kalau dulu korang kena masuk mall besar-besar macam dekat bandar untuk dapat rasa produk Elianto tapi sekarang tak payah pergi jauh-jauh atau cari online atau terjah jer Watsons!

Selain makeup, Elianto juga ada fragrance yang padu, macam body mist yang tahan lama, fresh dan sesuai untuk pakai daily. Pendek kata, dari bedak ke body mist, semua basic beauty korang boleh settle di Watsons je.
Kalau korang pernah guna powder Elianto zaman dulu, sekarang masa untuk try balik. Dari segi packaging mungkin dah upgrade, tapi vibe dia still sama murah, cantik, dan tetap ada jiwa lokal.
Jom naik taraf rutin kecantikan korang dengan jenama Elianto yang akan menyerlahkan keunikan diri! Nak beli? Semuanya boleh dilakukan secara online melalui laman web, Facebook, Instagram, Tiktok dan TiktokShop. Cepat, mudah & selamat!