Perkongsian pelakon Hairul Azreen menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar  bersama rakan artis iaitu pelawak Sharif Zero, Achey serta Tomok.

Turut menjadi perhatian, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan pelakon Bella Astillah turut serta dalam gambar berkenaan berserta kapsyen yang ditulis Hairul yang membuatkan ramai teruja.

BACA: “Maaf, Saya Tidak Dimaklumkan Mengenai Kod Pakaian” – Bella Astilah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

“Dulang boys YB dan Bella. Penyanyi mestilah Tomok, pengacara Sharif dan Achey. Magic show saya,” tulis Hairul.

Bukan itu saja, Hairul turut menggunakan audio lagu Selamat Pengantin Baru yang dipopularkan oleh penyanyi Anita Sarawak pada hantaran berkenaan.

Diruagan komen, rata-rata netizen teruja dengan hantaran Hairul itu serta berseloroh mengatakan mereka tidak sabar menunggu berita baik daripada BASS.

Bagaimanapun, lebih menjadi perhatian ibu pelakon sensasi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil dilihat memberi tanda suka pada hantaran tersebut.

Terdahulu, Bella pernah berkahwin dengan Aliff Aziz, namun pasangan itu bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

×