Selebriti terkenal Nur Fazura nampaknya tampil dengan lagu terbaru berjudul ‘Luar Biasa’ hasil kolaborasi dengan komposer popular Indonesia, Ade Govinda.
Lirik lagu tersebut motivasi tentang bangkit semula serta menggambarkan hakikat hidup semua ada perjuangan sendiri.
BACA: “Saya Adalah Diri Saya, Syarikat Itu Entiti Berasingan”
@mediahiburanofficial Fazura di samping Ade Govinda, persembahkan single baharunya, ‘Luar Biasa’. Liriknya yang membawa penuh makna. Turut dilancarkan ialah muzik video lagu berkenaan #MHnews #MediaHiburan #FYP
Sempena pelancaran muzik video berkenaan, Fazura turut menyanyikan secara langsung di samping Ade Govinda.
Menerusi perkongsian Media Hiburan di TikTok, rata-rata peminat memuji lagu berkenaan, namun ada yang memberikan kritikan membina mungkin Fazura perlukan latihan vokal.
Bukan pertama kali nyanyian Fazura dikecam, ada yang bertanyakan bagaimana aktres itu boleh yakin untuk menyanyi secara langsung.