Dua Lipa Bakal Berkolaborasi Dengan BlackPink

Penyanyi yang popular dengan lagu New Rules, Dua Lipa, baru-baru ini mengumumkan bakal berkolaborasi bersama kumpulan artis terkenal Korea Selatan iaitu Blackpink menerusi album terbaru miliknya.

Pengumuman tersebut dibuat melalui akuan Twitter Dua Lipa, di mana penyanyi tersebut menyatakan bakal mengeluarkan album terbaru yang akan di keluarkan 19 Oktober ini.

Menariknya lagi pengumuman tersebut turut dikongsi oleh Dua Lipa menerusi laman Instagram miliknya dan mendapat 1,118,536 likes daripada pengguna laman Instagram.

Album terbaru Dua Lipa yang berjudul Complete Edition ini mengandungi tiga lagu terbaru penyanyi tersebut dan turut disertakan lagu kolaborasi Dua Lipa bersama Blackpink yang berjudul ‘Kiss and Make Up’.

Complete Edition ini mengandungi 2 disc dimana pada disc kedua itu terselit lagu Kiss and Make Up hasil nyanyi kolaborasi antara mereka.

Ternyata, ini merupakan kali pertama penyanyi yang mendapat perhatian ramai ini berkolaborasi dengan artis K-pop dan pastinya mendapat perhatian peminat Blackpink iaitu BLINK.

×