Nama pelakon Dottie menjadi bualan ramai susulan tindakannya memuat naik video memaparkan dirinya berpakaian agak seksi sekaligus mengejutkan netizen.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Dottie dilihat mengenakan singlet berwarna hitam dan berseluar pendek atas lutut mendedahkan bahagian lengan dan dadanya.
Turut menjadi perhatian, Dotttie turut menulis kapsyen secara berseloroh mengatakan tema raya 2025 adalah ‘gemuk’.
Perkongsian Dottie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur pelakon berkenaan kerana penampilannya yang terlalu seksi.
Tidak kurang juga, ada yang mendakwa pelakon itu ‘sendu’ sehingga memuat naik konten sedemikian.
Malah, ada segelintir netizen memberikan nasihat Dottie dilihat lebih cantik jika berpakaian sopan dan komen tersebut diterima oleh pelakon itu dengan baik.