Umum mengetahui sebelum ini Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dan timbul spekulasi pelakon cantik itu sedang hangat bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Wan Emir Astar.
Kemudian timbul desas-desus mengatakan Mira Filzah dan buah hatinya itu akan disatukan sebagai suami dan isteri bulan Oktober ini. Tidak menafikan atau mengiyakan khabar angin itu, Mira mengakui Wan Emir sudah pun berjuma dengan keluarganya.
BACA: Mira Filzah Akui Sudah Berpunya, Ada Persetujuan Keluarga
“Pertanyaan Ustazah Asma cukup spontan apakah saya dan Wan Emir sudah bertunang. Saya jawab sahaja kerana memikirkan tiada apa yang perlu disorokkan.
“Jujurnya, apa yang saya boleh komen, minta semua mendoakan yang terbaik supaya urusan berkaitan perkahwinan dipermudahkan. Lagipun, kita sedang diuji dengan virus COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, segala teka-teki status pelakon cantik itu terjawab apabila dia mengesahkan hatinya sudah pun dimiliki. Perkara itu didedahkan oleh Mira ketika siaran langsung di Facebook bersama Ustazah Asma’ Harun.
Mira turut mendedahkan bahawa dia dan keluarga sebelah lelaki sudah pun bertemu antara satu sama lain. Mendengar kenyataan dari Mira Filzah itu, Ustazah Asma’ menjelaskan dalam agama Islam persetujuan antara kedua belah keluarga merupakan tanda ikatan pertunangan.